Kelas Asas ICT Word Membuat Jadual Harian Persekolahan
6 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan satu kelas latihan ICT untuk kanak-kanak Komuniti Kodiang. Program ini dijalankan untuk mengisi masa lapang pelajar sepanjang cuti sekolah.
Kelas MS Word ini berlangsung selama tiga jam ini dilihat dapat membantu para peserta untuk membuat jadual sekolah dengan menggunakan MS Word dengan lebih mudah. Hal ini juga dilihat dapat membantu para peserta untuk menyiapkan diri mereka untuk ke sesi persekolahan mereka pada tahun depan.
Pengajar juga menggunakan kesempatan ini untuk menyelitkan slot ringkas tentang Klik Dengan Bijak kepada para peserta bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahayanya kecurian data di dalam internet. Ini berikutan para peserta yang tergolong dalam golongan pengguna aktif di internet dan juga mempunyai akaun sosial media yang dilihat berisiko untuk terdedah kepada bahaya dunia siber.
Seramai 3 orang guru kaunselor yang telah terlibat di dalam kelas online ini .Kelas telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam bermula dari jam 10 pagi.
Kelas dijalankan di bilik latihan, Pusat Internet Kodiang. Sesi kelas dijalankan secara dua peringkat, iaitu peringkat pengenalan asas/taklimat dan peringkat praktikal.
Kelas dijalankan dengan memenuhi sepenuhnya SOP di Pusat Internet seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Kelas berakhir jam 1 petang dan berjalan lancar seperti dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: