Kelas Asas ICT Powerpoint Membuat Animasi Powerpoint
5 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Disember 2020, pihak Pusat Internet Komuniti Kodiang telah mengadakan kelas membuat animasi dengan mengunakan Powerpoint.
Program ini dijalankan dengan bermatlamatkan untuk menarik minat kanak-kanak terutama di komuniti Kg Kodiang untuk menggunakan Power Point sebagai medium mereka untuk membuat presentasi di sekolah dan dalam masa yang sama untuk menyediakan diri para pelajar untuk belajar untuk persediaan belajar atas talian (online).
Selain daripada itu, dengan kehadiran peserta ke kelas ICT ini, peserta dapat menghabiskan cuti pesekolahan dengan lebih berfaedah serta menanam minat mereka untuk terlibat di dalam bidang ICT suatu hari nanti.
Pembelajaran ini dijalankan secara 2 sesi, iaitu sesi pembelajaran teori oleh staf Pusat Internet Komuniti Kodiang dan diikuti dengan sesi praktikal oleh para peserta kursus ini. Peserta perlu membuat tugasan yang telah diberikan kepada mereka.
Seramai 5 orang peserta yang telah terlibat di dalam kelas online ini .
Kelas telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam bermula dari jam 10 pagi. Kelas dijalankan di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Kodiang.
Kelas dijalankan dengan memenuhi sepenuhnya SOP di Pusat Internet Komuniti seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Kelas berakhir jam 1 petang dan berjalan lancar seperti dirancang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: