Program Latihan Kelas ASAS ICT Menggunakan Microsoft Word
13 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kodiang telah mengadakan program latihan asas menggunakan Microsoft Word. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar membuat latihan asas ICT menggunakan aplikasi Microsoft Word di dalam kegunaan membuat tugasan dan kerja harian sekolah. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kodiang selama 3 jam bermula dari 2 petang dan dihadiri oleh seramai 8 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Kg Kodiang Lama.
Pelbagai input dapat dipelajari oleh para pelajar. Antaranya pengetahuan dan penggunaan berkenaan, peserta telah diberikan penerangan tentang cara-cara untuk menulis, penerangan tentang papan kekunci, jenis tulisan yang boleh digunakan , saiz tulisan dan yang berkaitan dengan perisian ini. Pada sesi ini peserta diajar menaip tentang cara-cara untuk menulis petikan pendek dan peserta diajar cara menukar huruf dan warna serta memasukan gambar ke dalam tugasan mereka.Program berjalan dengan lancar dan berakhir jam 5 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: