Program Advokasi dan Taklimat E-Kelas SMK Tunku Bendahara
18 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Advokasi dan penerangan kelas E-Kelas telah diadakan bersama-sama para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara Kodiang pada 17 Januari lalu. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang pentingnya penggunaan internet secara bijak dan menyampaikan maklumat advokasi terkini. Dalam masa yang sama , digunakan untuk menerangkan program E-Kelas di Pusat Internet Kodiang.
Program ini yang telah dianjurkan adalah kempen penggunaan internet dengan cara yang betul serta berkempen untuk menjemput pelajar menghadiri e-kelas yang akan diadakan di Pusat Internet Kodiang pada 2019 ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: