Program Advokasi Dan Hari Terbuka Gunung Hilir
7 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2019, Pusat Internet Gunung Hilir dengan kerjasama dengan Pusat Internet Pokok Sena,Jerlun,Napoh dan Kodiang telah mengadakan program hari terbuka Gunung Hilir dan kempen advokasi yang bertempat di Pusat Internet Gunung Hilir, Program dijalankan untuk merapatkan silaturahim sesama golongan belia dan komuniti masyarakat yang berada di sini. Menerusi hari terbuka ini,sedikit sebanyak dapat didedahkan tentang peranan yang dimainkan oleh pusat internet dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet seperti e-kelas dan kelas usahawan.
Kempen advokasi juga turut dijalankan, matlamatnya adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih prihatin akan bahaya gajet kepada kanak-kanak yang boleh memudaratkan dan mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak sekiranya digunakan tanpa kawalan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan berakhir pukul 2.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: