Kempen Kesedaran Pencegahan Nyamuk Aedes peringkat Kg Kodiang Lama
1 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 31 Ogos 2019, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kg. Kodiang Lama telah menganjurkan Program Kayuhan Merdeka dan Sukan Rakyat Merdeka bertempat di Kg. Kodiang Lama Dalam, Kodiang, Kedah. Program yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dan untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ini melibatkan penduduk setempat Kg Kodiang Lama, dan pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang. Program ini berlangsung bermula jam 7 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Seramai kira-kira 70 orang penduduk kampung dan pelajar sekolah terlibat dalam program ini. Sukarelawan dan staf Pusat Internet Kodiang juga telah turut sama melibatkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa dalam program kali ini.
Program dimulai dengan acara kayuhan basikal oleh pelajar sekolah rendah dan penduduk kampung sejauh kira-kira 5 kilometer dimulai dari Pusat Internet Kodiang dan berakhir di kawasan rekreasi Gua Kerbau, Kg Kodiang Lama. Selesai peserta kayuhan selesai kayuhan di Gua Kerbau, ucapan perasmian diberikan oleh ketua komuniti kampung sekaligus merasmikan program tersebut. Acara sukan rakyat dijalankan sejurus selepas selesai ucapan perasmian. Acara sukan rakyat juga melibatkan peserta yang sama degan peserta acara kayuhan basikal.
Beberapa acara sukan rakyat seperti memancing botol, boling kelapa, dan kerusi berirama telah dipertandingkan dalam program terbabit. Penyampaian hadiah untuk basikal terbaik dan cabutan bertuah juga turut dijalankan di fasa terakhir program. Risalah berkenaan MyFreeview turut diedarkan kepada masyarakat kampung oleh staf dan sukarelawan Pusat Internet Kodiang. Matlamatnya adalah untuk menguar-uarkan penutupan menyeluruh siaran televisyen analog di seluruh negara dan penukaran kepada sistem televisyen digital untuk siaran televisyen rasmi di Malaysia. Majlis berjalan lancar dan berakhir jam 12.30 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: