Maxis E Kelas, 3 & 4 Mei 2019
5 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 & 4 Mei, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi E-Kelas bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik & Sains untuk pelajar darjah 6, tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4, dan tingkatan 5.
Pengajaran yang disampaikan merangkumi topik-topik matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains & Matematik yang diajar di sekolah. Sesi kali ini adalah sesi ulangkaji memandangkan peperiksaan pertengahan tahun semakin hampir.
Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka dikehendaki melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan oleh guru E-Kelas. Setiap hasil aktiviti mereka harus dimuat naik ke portal E-Kelas untuk tujuan pemarkahan.
Seramai 51 orang pelajar telah hadir untuk sesi E-Kelas kali ini. Prestasi pembelajaran mereka akan dinilai dan diberi ganjaran hadiah sebagai memberi galakan kepada pelajar untuk hadir dalam E-Kelas. Sesi ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: