Penilaian E Kelas, 15 & 16 Mac 2019
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2019 dan 16 Mac 2019, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi penilaian (assessment) untuk melihat prestasi pelajar-pelajar Pusat Internet Kodiang mulai dari awal tahun sehingga ke bulan Mac ini .
Antara aktiviti yang dijalankan adalah ujian Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Penilaian ini diadakan selama 40 minit setiap darjah 6 dan Tingkatan 1- Tingkatan 5.
Ujian penilaian yang dijalankan di dalam Bahasa Inggeris berbentuk esei, manakala untuk ujian penilaian Sains dan Matematik ianya berbentuk objektif sebanyak 40 soalan dan wajib di jawab melalui pautan computer di dalam portal E-Kelas.
Seramai 46 pelajar yang hadir pada 15hb Mac 2019 untuk ujian esei, manakala seramai 39 pelajar yang hadir pada 16hb Mac 2019.
Objektif penilaian ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan sejauh mana prestasi pelajar semasa pelajar belajar di dalam E-Kelas, juga untuk memberi galakan kepada pelajar untuk hadir dalam E-Kelas.
Ujian penilaian ini adalah untuk memberi galakan dengan cara memberi hadiah kepada pelajar yang mendapat mata tertinggi di dalam E-Kelas mengikut tingkatan masing-masing
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: