Program Jobs Malaysia Dan Hari Terbuka PI Pokok Sena
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2018, Jobs Malaysia dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Sena telah mengadakan hari terbuka Pusat Internet Pokok Sena. Seramai lebih 200 orang peserta telah terlibat dengan program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah taklimat KDB, latihan dalam kumpulan, cabutan bertuah serta aktiviti kahoot online.
rogram ini dirasmikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, YBhg Dato' Haji Ariffin bin Man yang mewakili YBhg Dato' Said Ali Bin Syed Rastan, Ketua Umno Bahagian Pokok Sena. Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan program Jobs Malaysia serta program yang dijalankan oleh Pusat Internet Satu Malaysia kepada penduduk setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: