Karnival Muafakat Ekspo Negeri Kedah 2018
05 March 2018 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dengan penglibatan Pusat Internet 1 Malaysia bahagian Kubang Pasu dan Kota Setar telah mengambil bahagian di dalam pameran Karnival Muafakat Negeri Kedah 2018 yang bertempat di Statdium Alor Setar,Kedah. Ekspo ini telah menampilkan 20 kluster merangkumi pelbagai sektor dengan penyertaan 199 jabatan dan agensi kerajaan membabitkan kerajaan Pusat dan negeri, serta sektor swasta.
Kerajaan negeri meletakkan sasaran untuk menarik 400,000 pengunjung ke Ekspo Muafakat Kedah, yang julung kali diadakan di Stadium Darul Aman, di sini antara 24 Februari hingga 3 Mac. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Zahid Hamidi telah melancarkan program ekspo tersebut pada 24 Februari 2018 dan diikuti penutupannya yang dirasmikan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 4hb Mac 2018.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: