Program E-Usahawan Giat Mara- Kuala Kedah
15 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 Okt 2018, Pusat Internet Kodiang dengan kerjasama Pusat Internet Jerlun, Pokok Sena, Gunung Hilir, dan Napoh telah mengadakan taklimat E-Usahawan kepada pelatih Giat Mara Kuala Kedah. Seramai 18 orang pelatih yang telah menghadiri taklimat tersebut.Taklimat tersebut telah di adakan di Pusat Internet Jerlun. Ini memudahkan para pelatih untuk mengunakan perkhidmatan wifi untuk proses pembelajaran. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah taklimat Check your Label, Klik dengan Bijak ,taklimat e-usahawan serta pendaftaran E-Rezeki.
Melalui taklimat KDB yang diberikan ini pelatih dapat memperoleh pengetahuan dan maklumat serta kesedaran dalam penggunaan internet. Pelatih juga dapat mempelajari kaedah pemasaran secara online serta latihan e-usahawan secara kompresif dan padat. Pelajar juga di beri peluang untuk membuat pendaftaran E-Rezeki di sini. Program ini merupakan siri Jelajah KDB Giat Mara-Pusat Internet Kluster Kubang Pasu yang diadakan pada bulan Oktober ini. Program seumpama ini akan berakhir bersama Pusat Giat Mara- Jerlun pada penghujung Oktober 2018 ini nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: