Program Hari Terbuka Gunung Hilir Dan Kempen E-Waste
15 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2018, Pusat Internet Gunung Hilir dengan kerjasama dengan Pusat Internet Pokok Sena,Jerlun,Napoh dan Kodiang telah mengadakan program hari terbuka Gunung Hilir dan kempen e-waste yang bertempat di Pusat Internet Gunung Hilir, Program dijalankan untuk merapatkan silaturahim sesama golongan belia dan komuniti masyarakat yang berada di sini.
Menerusi hari terbuka ini,sedikit sebanyak dapat didedahkan tentang peranan yang dimainkan oleh pusat internet dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet seperti e-kelas dan e-rezeki.
Kempen e-waste yang turut dijalankan, matlamatnya adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih prihatin akan bahaya sisa elektronik seperti tablet,pablet,telefon bimbit dan telefon pintar lama yang boleh memudaratkan kesihatan kepada masyarakat dan alam sekitar
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Din yang mewakili Encik Mohd Faizal Bin Azizan selaku Ketua Pejabat Negeri Kedah, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Jumlah pengunjung adalah seramai 80 orang yang hadir dalam majlis tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: