Majlis Sambutan Hari Raya Komuniti Kampung Kodiang Lama
2 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 Julai 2018, Jawatankuasa Futsal Kg Kodiang bersama Komuniti Kampung Kodiang Lama bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kodiang telah mengadakan majlis jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2018. Objektif majlis ini bertujuan untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama-sama komuniti kampung setempat.
Majlis dihadiri oleh penduduk kampung sekitar Kg Kodiang Lama. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Sambutan Hari Raya ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu aluan daripada Pengerusi Futsal Kg Kodiang Lama Dalam. Antara hidangan yang disediakan ialah ketupat, mee goreng, rendang daging dan banyak lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: