Program Advokasi Dan Klik Dengan Bijak Sempena Program Jambori On The Air (Jota) & Jambori On The Internet (Joti)
22 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniSMK Pokok Sena, Kedah telah menjalankan program Advokasi Dan Klik Dengan Bijak sempena program Jambori On The Air (JOTA) & Jambori On The Internet (JOTI) bersama Pusat Internet 1 Malaysia Zon Utara. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara peserta dan Pusat Internet (PI) di samping memberi peluang kepada peserta untuk mengenali PI dengan lebih dekat terutamanya aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar adalah Taklimat Advokasi dan Klik Dengan Bijak, Fun Games , tayangan video klip dengan bijak , promosi Pusat Internet dan stesen Check Your Label & Mobile e-Waste. Matlamat utama yang dijalankan melalui aktiviti ini, pelajar dapat diperkenalkan fungsi dan peranan PI kepada seluruh komuniti dan melahirkan komuniti setempat yang celik IT serta cara menggunakan teknologi ICT dengan bijak melalui kempen Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: